CNNislands

Proton X50 – 4,517 unit diserah kepada pelanggan sepanjang Sept 2022, bulan ke-4 terjual lebih 4,000 unit

6

[ad_1]

Proton X50 – 4,517 unit diserah kepada pelanggan sepanjang Sept 2022, bulan ke-4 terjual lebih 4,000 unit

Sejak melancarkan X50 pada Oktober 2020, Proton dilihat agak sukar untuk memenuhi tempahan SUV segmen-B berkenaan yang begitu tinggi dalam masa yang sama ia tidak dapat diproduksi dengan kemampuan penuh kerana pelbagai masalah. Namun akhir-akhir ini, jumlah produksi X50 nampaknya sudah pun stabil dan matang, membolehkan pelanggan yang menempahnya menerima kereta dengan lebih cepat.

Sepanjang bulan lalu, Proton berjaya menyerahkan sejumlah 4,517 unit X50 kepada pelanggan, lebih tinggi dari rekod 4,329 unit yang dicatatkan pada bulan Ogos 2022. Ini juga bermaksud kilang Proton di Tanjung Malim, Perak sudah dapat menghasilkan lebih 4,000 unit SUV berkenaan untuk bulan keempat berturut-turut, di mana pada bulan Jun dan Julai X50 berjaya dijual masing-masing sebanyak 4,473 unit dan 4,763 unit.

Secara kumulatif, Proton telah pun menjual sebanyak 29,591 unit X50 dari Januari sehingga September tahun ini, atau 78.2% lebih banyak berbanding tempoh sama pada tahun 2021. Rekod ini bukan sahaja menjadikan X50 sebagai SUV paling laris dalam segmen-B, malah ia merupakan SUV paling laris di Malaysia sehingga suku ketiga tahun ini.

Untuk September 2022, Proton berjaya menjual sebanyak 14,872 unit kenderaan untuk pasaran domestik dan eksport. Ini membolehkan Proton mencatatkan jualan sebanyak 102,353 unit untuk suku ketiga tahun ini, atau 40.2% lebih tinggi berbanding sembilan bulan pertama pada tahun 2021.

Ini merupakan tahun keempat berturut-turut Proton mencapai sasaran jualan melebihi 100,000 unit, dan untuk tahun ini ia berlaku dua bulan lebih awal daripada tahun 2021.

“Prestasi suku ketiga Proton adalah suku terbaik bagi tahun ini, dengan 42,229 unit untuk tiga bulan dari Julai ke Ogos. Pencapaian ini adalah hasil gabungan kestabilan dalam pengeluaran serta daya tarikan berterusan mannequin kami, terutamanya Proton Saga 2022 dan Proton X50. Oleh itu, walaupun permulaan tahun ini lemah, kami yakin dapat mencapai pertumbuhan jualan dua digit bagi tahun keempat berturut-turut,” kata Naib CEO Proton, Roslan Abdullah.



[ad_2]
Source link